Wednesday 23 May 2012

India muslim bergerak ke arah kemajuan

      Masyarakat India muslim di Malaysia merupakan suatu komuniti yang agak besar yang telah lama bertapak di negara ini sejak zaman berzaman. Masyarakat india muslim banyak berkecimpung dengan perniagaan sendiri dan tidak di nafikan telah ramai juga telah menguasai sektor awam mahupun swasta di negara ini. Masyarakat India muslim  di Malaysia tidak lagi berfokuskan kepada perniagaan sahaja tetapi telah mengorak langkah kepada bidang-bidang lain dalam negara termasuklah perluasan dalam sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan. Semua kemajuan ini perlulah mempunyai penyatuan dan persamaan dikalagan masyarakat inidia muslim supaya masyarakat inidia muslim sentiasa bergera ke arah kemajuan.
        Blog ini dicipta khas untuk membincangkan dan berkongsi maklumat berkaitan Masyarakat India Muslim untuk meningkatkan kemajuan Masyarakat India Muslim Ke Peringkat yang lebih Tinggi. Sama-sama kita berganding bahu meningkatkan kemajuan agama, bangsa dan negara warga india muslim di Malaysia. Saya percaya di luar sana ramai warga india muslim yang mempunyai pelbagai matlamat dan kepentingan serta idea yang bernas dalam pelbagai bidang untuk dikogsi bersama saudara-saudari india muslim lain. Saya berharap blog ini akan dapat membantu menyatupadukan warga india muslim di Malaysia menjadi satu komuniti yang berjaya dalam semua bidang........ sekian wasalam...